Ganjaran wang hakis integriti, kualiti perkhidmatan

Pemberian ganjaran berbentuk wang kepada pelapor rasuah dalam nilai yang besar dibimbangi akan menghakis integriti dan kualiti perkhidmatan terutamanya golongan penjawat awam.
Pemberian ganjaran berbentuk wang kepada pelapor rasuah dalam nilai yang besar dibimbangi akan menghakis integriti dan kualiti perkhidmatan terutamanya golongan penjawat awam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemberian ganjaran berbentuk wang kepada pelapor rasuah dalam nilai yang besar dibimbangi akan menghakis integriti dan kualiti perkhidmatan terutamanya golongan penjawat awam.

Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa), Wan Azliana Wan Adnan berkata, ia berikutan pemberian insentif tersebut seolah-olah memberi gambaran untuk memperkayakan pelapor rasuah dan bukan membendung gejala tersebut hingga ke akar umbi.

“Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki iaitu kalau ditawarkan sehingga RM1 juta, kerajaan akan kembalikan RM1 juta jika mereka membuat laporan.

“Saya bimbang ia akan mencetuskan isu lain, malah menjadi satu pekerjaan pula yang mana penjawat awam ini tidak akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka, sebaliknya sibuk mencari pelaku rasuah.

“Ini kerana nilai suapan kebanyakannya dalam nilai yang besar mencecah ribuan ringgit dan melebihi gaji mereka. Jadi, ia tidak masuk akal, ada banyak lagi cara lain yang lebih berkesan untuk tangani,” katanya pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1 juta antara 2012 hingga 2023 kerana melapor dan mendedahkan kes rasuah yang membawa kepada sabitan.

Azam berkata, pemberi maklumat kepada kerajaan bakal diberi ganjaran sama seperti mana tawaran suapan diterima kerana membantu dalam membanteras jenayah tersebut.

Mengulas lanjut, menurut Wan Azliana, kerajaan boleh mempertimbangkan ganjaran berupa pengiktirafan, pingat, kenaikan pangkat serta gaji dan bukan semata-mata pemberian wang dengan jumlah besar.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, beliau berkata, langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk membanteras gejala tersebut adalah dengan memberi perlindungan secukupnya kepada pelapor rasuah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!