Monolit misteri 'makhluk asing' muncul lagi

Monolit yang ditemui polis Las Vegas ketika operasi SAR di kawasan pendakian pada akhir minggu lalu. Foto Agensi
Monolit yang ditemui polis Las Vegas ketika operasi SAR di kawasan pendakian pada akhir minggu lalu. Foto Agensi
A
A
A

LOS ANGELES - Kemunculan sebuah monolit seperti cermin di tengah gurun Nevada di Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengundang tanda tanya kepada banyak pihak selepas objek misteri itu ditemui di beberapa lokasi di Amerika Utara dan Eropah sejak beberapa tahun lalu.

Penemuan itu dibuat polis Las Vegas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pendakian yang terletak kira-kira sejam dari utara Sin City pada akhir minggu lalu.

“Kita pernah lihat banyak benda pelik, namun cuba lihat objek aneh ini pula! ” menurut catatan dikongsi mereka di media sosial pada Isnin lalu.

Struktur segi empat tepat yang memantulkan cahaya itu turut menarik perhatian pentaksub teori konspirasi selepas ia mula muncul di beberapa lokasi seluruh dunia pada 2020.

Monolit pertama dijumpai di gurun Utah ketika seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik Covid-19, malah ia mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Ada pihak yang cuba mengaitkan objek misteri itu dengan ‘monolit makhluk asing’ seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen hasil garapan Stanley Kubrick berjudul 2001: A Space Odyssey.

Struktur monolit serupa kemudiannya ditemui di Belanda, Poland, Romania, Kanada dan Britain hingga menyebabkan kewujudan laman web khas yang bertujuan untuk menjejaki objek tersebut.

Menerusi penemuan terbaharu itu, beberapa pengguna media sosial sekali lagi mengaitkannya dengan makhluk asing.

Artikel Berkaitan:

“Sudah jelas, ia adalah makhluk asing!” ujar pengguna akaun @NWK1WAYS.

Seorang lagi pengguna, @Nstynick cuba berjenaka dengan mencadangkan objek tersebut dibuka kerana mungkin terdapat ‘hadiah’ di dalamnya. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!