Suami didakwa curang, isteri yang dibelasah

Tangkap layar video pergaduhan antara mereka yang tular di media sosial.
Tangkap layar video pergaduhan antara mereka yang tular di media sosial.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang suami tergamak memukul isterinya hingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini.

Perbuatan lelaki berusia 37 tahun terhadap isterinya, 38, yang didakwa baru habis berpantang itu turut tular menerusi video berdurasi 31 saat di media sosial sejak Rabu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu jam lebih kurang 9.50 pagi melibatkan pergaduhan sepasang suami isteri.

"Punca kejadian dipercayai (kerana) suami wanita itu (dikatakan) berlaku curang.

"Akibat daripada kejadian ini, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, satu laporan polis dibuat oleh mangsa mengenai insiden yang berlaku.

"Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dibawah Sek 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, Aidi Sham turut menasihati orang awam supaya tidak menularkan isu berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan mendatangkan kegusaran awam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!