[VIDEO] Agong salur nilai bidaan plat FFF 1 kepada kerajaan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta kepada kerajaan Persekutuan.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.

"Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta,” menurut catatan berkenaan.

Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta. Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan

Dalam pada itu, dana bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, antara inisiatif itu ialah bantuan tambang penerbangan untuk siswa (FlySiswa) antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak; program MyLesen untuk golongan B40 serta penukaran topi keledar baharu untuk penunggang motosikal.

"Menjunjung kasih Tuanku! Patik mewakili Kementerian Pengangkutan amat menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Tuanku dan keprihatinan Tuanku terhadap kebajikan rakyat. Daulat Tuanku!,” menurut Loke dalam hantaran menerusi Facebook pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!