[VIDEO] ‘Speaker DUN Selangor digesa kosongkan kerusi DUN Selat Klang’

A
A
A

SHAH ALAM - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San digesa untuk turut mengisytiharkan kekosongan bagi kerusi DUN Selat Klang.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan berkenaan perlu susulan keahlian penyandang kerusi berkenaan gugur setelah meninggalkan perjuangan parti.

“Tindakan ini selaras dengan kehendak rakyat dan sebagai menghormati matlamat demokrasi di sebalik Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang diluluskan sebulat suara oleh Parlimen pada tahun 2022.

“Adalah penting agar hak dikembalikan dan mandat baharu ditentukan semula oleh rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula Rabu.

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal

Artikel Berkaitan:

Mohd Amar pada sidang akhbar memberitahu keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal memberitahu bahawa tindakan itu selaras dengan Seksyen 31A Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk mengikuti jejak langkah Speaker DUN Kelantan bagi mengisytiharkan kekosongan di 6 buah kerusi Parlimen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!