MPAG kutip RM12.8 juta cukai taksiran

Saifuddin (tengah) bersama sebahagian pengamal media dari pelbagai agensi yang hadir pada Program Sembang Santai MPAG Bersama Rakan Media Tahun 2024 di sebuah restoran ikan bakar, di sini, pada malam Rabu.
Saifuddin (tengah) bersama sebahagian pengamal media dari pelbagai agensi yang hadir pada Program Sembang Santai MPAG Bersama Rakan Media Tahun 2024 di sebuah restoran ikan bakar, di sini, pada malam Rabu.
A
A
A

MELAKA - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mencatatkan kutipan cukai taksiran lebih RM12.8 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Yang Dipertuanya, Saifuddin Abdul Karim berkata, pihaknya akan bekerja lebih keras untuk memastikan sasaran kutipan hasil berjumlah RM53 juta termasuk bayaran lesen dan lain-lain dapat dicapai pada tahun ini.

Menurutnya, pembayaran cukai taksiran penting bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memulangkan semula hasil berkenaan kepada anggota komuniti seperti melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan, pengindahan, pembaikan jalan dan longkang.

"Memang ada sedikit meningkat jumlah pembayar cukai berbanding tahun lalu disebabkan terdapat pertambahan hartanah baharu di dalam daerah Alor Gajah.

"Kita juga akan terus menghargai pembayar cukai di bawah pentadbiran MPAG sekali gus membantu kita untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam aspek pengurusan bandar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Sembang Santai MPAG Bersama Rakan Media Tahun 2024 di sebuah restoran ikan bakar, di sini, pada malam Rabu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Alor Gajah Sabrina Thalas; Pegawai Unit Kerajaan Tempatan Jabatan Ketua Menteri Melaka Mohd Najmi Mohd Zohdi dan Ketua Whip Ahli Majlis MPAG Ghafar Ngah.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, pihaknya akan mengembalikan semula kegemilangan acara pesta pantai yang pernah dianjurkan MPAG beberapa tahun lalu sempena Sambutan Hari Perbandaran Ke-21 PBT itu.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ini merupakan salah satu usaha untuk pihaknya memberi peluang kepada orang ramai memanfaatkan dan menghargai pantai sebagai aset penting bukan sahaja kepada nelayan bahkan dalam sektor pelancongan.

"Untuk merealisasikan program itu Pantai Tanjung Bidara dipilih sebagai lokasi penganjuran yang dijadual berlangsung pada 14 Julai depan," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!