Kes keracunan makanan: Tujuh individu lagi dirakam keterangan

Polis merakam keterangan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 10 Jun lalu.
Polis merakam keterangan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 10 Jun lalu.
A
A
A

GOMBAK - Polis merakam keterangan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan pada 10 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mereka yang dipanggil terdiri daripada mangsa, pengetua dan guru.

"Setakat ini, kita telah merakam keterangan 22 individu bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas laporan bedah siasat diperolehi dalam tempoh sebulan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) juga sedang menjalankan siasatan bagi mengesan kes-kes baharu berhubung kejadian keracunan makanan pada Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak itu yang melibatkan 30 sekolah rendah pada 8 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin sebelum ini dilaporkan berkata, mana-mana individu berkaitan yang mengalami gejala diminta segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi keracunan makanan yang tidak diingini.

JKNS memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang dikesan mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati sarapan pada program tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: