Wanita maut, SUV terbabas langgar pembahagi jalan di WCE

Nahas berlaku di Kilometer 288 WCE arah utara, awal pagi ini, melibatkan seorang wanita yang memandu Proton X50 maut di lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
Nahas berlaku di Kilometer 288 WCE arah utara, awal pagi ini, melibatkan seorang wanita yang memandu Proton X50 maut di lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
A
A
A

BERUAS - Seorang wanita maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 288 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, awal pagi Khamis.

Mangsa berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.37 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah Proton X50 terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Alam Man tamat jam 2.35 pagi. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!