Keputusan permohonan IPTA, ILKA 28 Jun ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan permohonan pengajian ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat sijil, Asasi serta Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diketahui pada 28 Jun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi satu kenyataan berkata, keputusan boleh disemak bermula jam 12 tengah hari hingga 7 Julai 2024 sebelum jam 5 petang menerusi platform dalam talian yang disediakan.

"Keputusan boleh disemak melalui pautan https://jpt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, https://jpt.ums.edu.my, https://jpt.umt.edu.my atau melalui aplikasi UPUPocket.

"Pengesahan setuju terima tawaran bermula 29 Jun hingga 7 Julai 2024 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

"Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan," katanya pada Khamis.

Mengulas lanjut KPT memaklumkan, pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil dibenarkan untuk mengemuka permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan politeknik.

Ujarnya, permohonan boleh dilakukan di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun pada 12 tengah hari sehingga 7 Julai sebelum jam 5 petang.

"Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Artikel Berkaitan:

"Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad serta sebarang permohonan pertukaran program pengajian termasuk IPTA atau ILKA tidak dibenarkan.

"Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan," jelas kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!