Kebanyakan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan

Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dengan suhu panas sehingga mencecah 50 darjah Celcius di kota Mekah.(Gambar hiasan) Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dengan suhu panas sehingga mencecah 50 darjah Celcius di kota Mekah.(Gambar hiasan) Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
A
A
A

MAKKAH - Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan beberapa bulan sebelum ibadah haji bermula.

Menurut laporan The Jordan Times yang memetik Kementerian Luar Negeri dan Hal Ehwal Ekspatriat Jordan, tiada seorang pun daripada 41 warga Jordan yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini dan diberikan permit pengebumian untuk dikebumikan di Makkah adalah sebahagian daripada delegasi rasmi Haji Jordan.

Laporan oleh Samaa TV yang memetik Kementerian Luar Negeri, Migrasi dan Warganegara Tunisia di Luar Negara juga mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji Tunisia yang meninggal dunia telah tiba di negara itu dengan visa pelancongan, lawatan atau umrah.

Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan suhu yang ketara di Makkah dan sejumlah besar jemaah tiba dengan visa pelancongan atau lawatan dari pelbagai negara.

Jemaah ini melakukan perjalanan jauh di Kota Suci di bawah terik matahari, tanpa sebarang syarikat atau entiti yang menyediakan perkhidmatan penginapan, makanan atau pengangkutan.

Akibatnya, mereka terdedah kepada risiko keletihan haba, pendedahan matahari dan banyak berjalan kaki di laluan yang sukar dan tidak berturap, yang tidak dikhaskan untuk pejalan kaki. Keadaan ini menyebabkan kematian ramai jemaah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: