Perhilitan tangkap beruang matahari ceroboh kebun kelapa

Anggota Perhilitan memindahkan beruang yang berjaya ditangkap di Kampung Padang Serai di Setiu pada malam Rabu. Beruang matahari jantan yang menceroboh kebun kelapa penduduk dilepaskan ke habitat yang sesuai bagi proses kemandirian haiwan tersebut.
Anggota Perhilitan memindahkan beruang yang berjaya ditangkap di Kampung Padang Serai di Setiu pada malam Rabu. Beruang matahari jantan yang menceroboh kebun kelapa penduduk dilepaskan ke habitat yang sesuai bagi proses kemandirian haiwan tersebut.
A
A
A

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor beruang matahari di Kampung Padang Serai dekat sini pada malam Rabu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, beruang jantan seberat 120 kilogram (kg) itu memasuki perangkap yang dipasang pada 12 Jun lalu.

Menurutnya, perangkap berkenaan dipasang selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk berhubung kehadiran haiwan liar terbabit.

"Beruang tersebut dipercayai menceroboh kebun kelapa milik penduduk di sekitar kampung berkenaan.

"Susulan itu, kita telah memasang perangkap pada hari yang sama sebaik sahaja Perhilitan daerah Besut menerima aduan daripada penduduk kampung," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, beruang terbabit dalam keadaan stabil dan telah dilepaskan ke habitat semula jadi yang sesuai.

Dalam pada itu, Kean Seong meminta pemilik kebun supaya memastikan kawasan persekitaran kebun bersih agar tidak mengundang kehadiran haiwan liar.

"Pastikan kawasan kebun bersih supaya tidak menjadi tarikan kepada haiwan liar untuk menceroboh kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga dinasihatkan supaya segera memaklumkan kepada pihak Perhilitan sekiranya terdapat kehadiran mana-mana haiwan liar," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!