Bekas sukarelawan berharap terlepas hukuman mati

Mohamad antara penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu yang terpilih bertemu keluarganya menerusi Majlis Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Aidiladha.
Mohamad antara penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu yang terpilih bertemu keluarganya menerusi Majlis Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Aidiladha.
A
A
A
KOTA KINABALU - Seorang bekas sukarelawan tidak menyangka pergaduhannya bersama dengan seorang rakan membawa kepada pertumpahan darah dan menyebabkannya berdepan hukuman mati di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, Alex (bukan nama sebenar), 45, yang sudah menjalani hukuman di penjara terbabit sejak lima tahun lalu kini dalam proses rayuan bagi kesalahan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dihadapinya.

Mengimbas semula kejadian yang menyebabkan dia meringkuk di penjara, Alex berkata, ketika itu mereka sedang meraikan salah seorang rakan yang akan berhijrah bekerja di negara jiran.

"Semasa kejadian saya dalam keadaan tidak sedaran diri kerana mabuk bersama mangsa. Ketika itu, saya mendapati dompet dan telefon bimbit saya telah hilang.

"Bermula itulah berlakunya pergaduhan dan ketika kejadian kami berdua sama-sama naik angin. Ketika itu saya telah membelasahnya sehingga menyebabkan dia dimasukkan ke hospital.

"Mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Aidiladha di Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini pada Khamis.

Alex mengakui itu adalah kesilapannya kerana bukan saja mabuk tetapi gagal mengawal kemarahan ketika kejadian.

Alex ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Aidiladha di Penjara Pusat Kota Kinabalu.
Alex ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Aidiladha di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

"Tetapi sejak dimasukkan ke sini, banyak perubahan yang telah dilalui dan saya turut menyertai aktiviti keagamaan termasuk belajar solat dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ditanya adakah dia berhasrat untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang diterima, Alex memaklumkan dia baru saja menghantar dokumen untuk rayuan tersebut.

"Saya berharap akan terlepas daripada hukuman sebagai banduan akhir dan menjalani hukuman penjara," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penghuni dikenali sebagai Mohamad, 30, merasakan dia telah mensia-siakan masanya sebagai seorang bapa dan suami kepada keluarganya apabila dimasukkan ke penjara pada tahun lalu kerana kesalahan menipu.

"Ketika itu saya sepatutnya membayar wang kereta sewa kepada rakan kongsi tetapi saya telah menggunakan wang tersebut kerana terdesak memerlukan wang.

"Akibat kejadian itu, saya telah didakwa atas kesalahan menipu wang sebanyak RM10,000 dan disebabkan itu juga saya tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak dan isteri kerana menjalani hukuman penjara di sini," katanya.

Namun Mohd berkata, dia bersyukur kerana terpilih menerusi program khas yang diadakan di Penjara Pusat Kota Kinabalu untuk bertemu dengan ahli keluarga.

"Dapatlah saya melepaskan rindu kepada kedua-dua anak dan isteri yang datang hari ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!