Pas bermusim 2024-2025 Sang Kenari dapat akses semua perlawanan

Pemegang pas bermusim Sang Kenari menikmati diskaun sehingga 60 peratus daripada nilai sebenar tiket untuk memasuki Stadium Darul Aman. FOTO KDA FC
Pemegang pas bermusim Sang Kenari menikmati diskaun sehingga 60 peratus daripada nilai sebenar tiket untuk memasuki Stadium Darul Aman. FOTO KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (FC) memutuskan pemegang pas bermusim Sang Kenari akan mendapat akses percuma bagi kejohanan Piala FA bagi semua pusingan termasuk Kejohanan Piala Malaysia bagi musim 2024-2025.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Samsudin berkata, usaha tersebut adalah langkah untuk meningkat bilangan pas bermusim yang masih rendah iaitu 305 pas berbanding sasaran awal 5,000 pas pada awal musim.

Menurutnya, melalui penawaran manfaat baru kepada semua pemegang pas bermusim KDA FC ini, penyokong menikmati diskaun sehingga 60 peratus daripada nilai sebenar tiket untuk memasuki Stadium Darul Aman.

"Manfaat sebagai pas bermusim bukan hanya akses masuk ke Stadium Darul Aman bagi saingan Liga Super, pemilik juga akan mendapat keistimewaan diskaun pembelian merchandise KDA FC, tempahan pembelian tiket awal, tempahan jersi pasukan dan banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas Shahrul, pada awal musim ini, pihak pengurusan telah menawarkan pas bermusim 2024-2025 kepada penyokong di samping penstrukturan semula harga tiket perlawanan bertujuan menggalakkan pembelian pas bermusim.

Menurutnya, sehingga ke hari ini, jumlah pemilik pas bermusim adalah sebanyak 153 orang bagi zon teres bernilai RM150; 69 orang bagi zon pavilion (RM250); 27 orang bagi zon granstand (RM380) dan 56 orang bagi zon platinum (RM480).

"KDA FC amat berharap, penyokong setia Sang Kenari terus memberi sokongan padu bagi setiap aktiviti perniagaan ditawarkan untuk terus menjana pendapatan seterusnya memastikan kelangsungan perjalanan kelab musim ini," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!