Bomba bersihkan tumpahan cat elak kemalangan

PKO menabur serbuk kayu di atas kawasan tumpahan cat di jalan susur Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) pada Khamis.
PKO menabur serbuk kayu di atas kawasan tumpahan cat di jalan susur Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh mengambil tindakan pantas melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan cat di jalan susur Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat sini pada Khamis.

Difahamkan kejadian lebih kurang jam 12.37 tengah hari menghala ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyebabkan beberapa penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan selepas tergelincir ketika melalui jalan terbabit.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Ami Hamid, berkata, setiba di lokasi kejadian pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati terdapat tumpahan cat berwarna hijau di atas jalan raya selepas menerima panggilan khidmat khas.

"Sebuah jentera bomba dari BBP Ayer Keroh dan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan seramai tujuh anggota telah dikejar ke lokasi kejadian.

"Pasukan kemudian melakukan kerja-kerja pembersihan termasuk menabur serbuk kayu.

"Bomba turut menutup sementara jalan itu sebelum operasi tamat lebih kurang jam 12.59 tengah hari sebelum dibuka semula kepada pengguna jalan raya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!