Mbappe kembali berlatih

Mbappe (tengah) kembali ke kem latihan Perancis buat kali pertama pada Khamis. Foto AFP
Mbappe (tengah) kembali ke kem latihan Perancis buat kali pertama pada Khamis. Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sensasi, Kylian Mbappe kembali ke kem latihan Perancis buat kali pertama pada Khamis sejak mengalami patah hidung dalam aksi pembukaan Euro 2024 menentang Austria Selasa lalu.

Mbappe hadir dengan memakai jalur penutup luka di hidungnya dan terhad kepada senaman tanpa sentuhan.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengesahkan kaptennya itu perlu menjalani pembedahan, namun kemungkinan besar selepas tamat kejohanan di Jerman tersebut.

“Walaupun tidak ada pembedahan segera, namun dia perlu melakukannya selepas kejohanan.

“Pagi ini (Rabu) dia lebih baik sedikit, jadi kita akan lihat. Kami akan memantaunya dengan teliti setiap hari,” ujar Deschamps.

Perancis akan mendapatkan topeng buatan khas untuk Mbappe yang berlatih bersendirian di pangkalan mereka di Paderborn sebelum menyertai latihan akhir bersama rakan sepasukannya yang lain.

Penyerang berusia 25 tahun itu dijangka terlepas aksi Perancis menentang Belanda pada Sabtu di Leipzig tetapi Persekutuan Bolasepak Perancis optimis dia akan kembali tepat pada masanya untuk beraksi pada kejohanan tersebut.

Mbappe pada Rabu membuat hantaran menerusi laman sosialnya.

Artikel Berkaitan:

“Tanpa risiko tiada kemenangan (dengan emoji muka tersenyum),” catatnya menerusi Instagram.

Penyerang Real Madrid itu menjalani ujian di hospital Dusseldorf selepas berlanggar dengan pemain Austria, Kevin Danso.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!