75 peratus klien Puspen berjaya kekalkan pemulihan

Shamsul Anuar (tengah) menyerahkan wang zakat kepada Siti Mariam (kanan).
Shamsul Anuar (tengah) menyerahkan wang zakat kepada Siti Mariam (kanan).
A
A
A

RAUB - Kira-kira 75 peratus klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di negara ini berjaya mengekalkan pemulihan mereka selepas menerima rawatan dan keluar dari pusat tersebut.

Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Siti Mariam Mursidan berkata, jumlah terbabit berdasarkan data yang dikumpul oleh agensi berkenaan.

Siti Mariam
Siti Mariam

"25 peratus lagi masih berulang dan dari semasa ke semasa kita ingin menurunkan kadar itu lebih rendah.

"Walaupun ramai cakap ia mustahil, susah tapi mengapa tidak kerana ramai di luar sana berjaya membuktikan bahawa mereka pulih dan menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat," katanya.

Beliau ditemui selepas program Ibadah Korban 2024 dengan tema ‘Korban Dihayati, Rezeki Dikongsi’ yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah di Puspen Raub di sini pada Khamis.

Ditanya faktor yang menyebabkan masih terdapat klien berulang, Siti Mariam menjelaskan antaranya kerana diri sendiri, tiada kesedaran dan penolakan untuk berubah.

Jelas beliau lagi, setakat ini terdapat 8,000 hingga 10,000 klien melibatkan 30 Puspen seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, lebih 70,000 klien dalam komuniti mendapatkan rawatan secara berkala iaitu setiap bulan datang ke AADK dan mungkin lebih berdasarkan keperluan masing-masing," katanya lebih 90 peratus klien terdiri lelaki di Puspen.

Shamsul Anuar (tengah) menyantuni klien di Puspen Raub sempena majlis tersebut.
Shamsul Anuar (tengah) menyantuni klien di Puspen Raub sempena majlis tersebut.

Sementara itu, Shamsul Anuar memberitahu, program ibadah korban itu diharap dapat meningkatkan kerjasama dengan AADK bersama masyarakat.

Sebanyak 37 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan membabitkan 24 buah Puspen di seluruh negara termasuk lima lembu dikorbankan di Puspen Raub.

Sementara itu, KDN turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 sebagai wang zakat untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan termasuk klien AADK dan komuniti setempat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!