Ranking FIFA: Malaysia daki tiga anak tangga, kini ke-135 dunia

Skuad Harimau Malaya mendaki tiga anak tangga dari 138 ke-135 dunia. Foto FB FAM
Skuad Harimau Malaya mendaki tiga anak tangga dari 138 ke-135 dunia. Foto FB FAM
A
A
A

SKUAD bola sepak negara mendaki tiga anak tangga untuk menghuni ranking ke-135 dunia.

Perkembangan terbaharu itu berdasarkan kemaskini Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Pasukan kebangsaan yang dibimbing Kim Pan-gon mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan terakhir apabila melakar satu kemenangan dan satu seri dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Malaysia berjaya mengikat Kyrgyzstan 1-1 di laman lawan sebelum menundukkan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.

Skuad Harimau Malaya meraih tambahan 10.23 mata sekali gus menjadikan mata keseluruhan kepada 1107 mata.

Peningkatan tersebut membolehkan pasukan negara memperbaiki kedudukan dan naik tiga tangga ke kedudukan 135 dunia.

Kedudukan Malaysia bagaimanapun masih di belakang Indonesia selepas skuad kendalian Shin Tae-yong itu memperoleh tambahan 11.72 mata.

Skuad Sang Garuda mengumpul sebanyak 1108.99 mata untuk menghuni kedudukan ke-134 dunia.

Artikel Berkaitan:

Malaysia hanya dipisahkan beberapa mata dengan empat pasukan dalam kelompok 130 terbaik dunia iaitu Rwanda (131), Gambia (132), Solomon Islands (133) dan Indonesia (134).

Saingan skuad Harimau Malaya selepas ini adalah aksi Pestabola Merdeka yang dijadual pada September dan Piala AFF 2024 pada November.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Ranking FIFA: Malaysia daki tiga anak tangga, kini ke-135 dunia #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Sukan #BolaSepak #Ranking #FIFA

original sound - Magical Messi