PM, Li Qiang saksi saling pertukaran 14 dokumen

Anwar bersalaman dengan Li Qiang. Foto Bernama
Anwar bersalaman dengan Li Qiang. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang menyaksikan pertukaran 14 dokumen semasa lawatan Li Qiang ke China, yang berakhir pada Khamis.

Dokumen itu meliputi banyak bidang, menampilkan kerjasama yang ditingkatkan antara dua negara sejak lebih lima dekad yang lepas.

Sebagaimana terkandung dalam Kenyataan Bersama antara Kerajaan China dan Malaysia "Deepening the Comprehensive Strategic Partnership Towards China-Malaysia Community with a Shared Future” yang dikeluarkan hari ini, dokumen itu adalah:

Program lima tahun kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China (2024-2028)

Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China mengenai pengukuhan kerjasama pelaburan dalam ekonomi digital;

MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China berhubung usaha menggalakkan kerjasama pelaburan dalam pembangunan hijau;

MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China mengenai kerjasama dalam bidang perumahan dan pembangunan bandar;

MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China mengenai program pertukaran rakyat ke rakyat sains dan teknologi;

Artikel Berkaitan:

MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi;

Program eksekutif untuk pelaksanaan perjanjian berhubung kerjasama kebudayaan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China (2024-2029).

MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China mengenai kerjasama dalam bidang pelancongan;

Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China mengenai kerjasama dalam mencegah dan memerangi jenayah transnasional;

Surat niat antara Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Kementerian Luar Negeri China mengenai pengecualian visa;

Protokol keperluan fitosanitari untuk eksport buah durian segar dari Malaysia ke China antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Pentadbiran Am Kastam China;

Kenyataan bersama Kementerian Kewangan, Malaysia dan Pentadbiran Am Kastam, China mengenai satu bidang kerjasama dalam perdagangan rentas sempadan;

MoU antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Biro Pos China mengenai pengukuhan kerjasama dalam bidang pos;

MoU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China mengenai kerjasama dalam bidang media.

Li tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi tiga hari pada hari Selasa.

Lawatan beliau bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Penyataan Bersama antara Perdana Menteri Kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai pada 31 Mei, 1974.

China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Tahun lepas jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion), mewakili 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!