Polis siasat pacuan empat roda belok 'sesuka hati'

Tangkap layar rakaman video memaparkan sebuah Toyota Hilux membelok di laluan tidak dibenarkan di Jalan Seksyen 8, Petaling Jaya.
Tangkap layar rakaman video memaparkan sebuah Toyota Hilux membelok di laluan tidak dibenarkan di Jalan Seksyen 8, Petaling Jaya.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menyiasat kes tular sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang membelok di laluan tidak dibenarkan hingga hampir akibatkan kemalangan di Jalan Seksyen 8, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, video kejadian itu telah dikesan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis di aplikasi Facebook.

Beliau berkata, video itu memaparkan Toyota Hilux terbabit mengabai isyarat lalu lintas dengan membelok di kawasan yang tidak dibenarkan.

"Bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

"Polis memohon perakam insiden itu untuk tampil ke BSPT IPD Petaling Jaya dan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar
Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Artikel Berkaitan:

"Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya serta akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang," katanya.

Video berdurasi 28 saat itu memaparkan sebuah Toyota Hilux warna hitam membelok di laluan tidak dibenarkan di persimpangan lampu isyarat berhadapan IPD Petaling Jaya.

Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam), sebuah kereta jenis Perodua Myvi sempat membrek sebelum Toyota Hilux yang membawa muatan kepingan kotak terus meluru masuk hingga melalui di atas batu pembahagi jalan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!