Pertukaran ahli Parlimen dengan negara lain bantu atasi kekurangan

Tangkap layar Howard menerusi video siaran langsung Parlimen Malaysia pada Khamis.
Tangkap layar Howard menerusi video siaran langsung Parlimen Malaysia pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Malaysia perlu melihat dan belajar bagaimana wakil rakyat negara lain menjalankan tugas serta menangani cabaran-cabaran yang didepani oleh mereka sepanjang berkhidmat untuk rakyat.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan menerusi pertukaran antara ahli Parlimen selama seminggu.

Ujar Howard, langkah tersebut dapat membantu memberi pendedahan kepada ahli-ahli Parlimen negara ini dari segi pengurusan dan pendekatan yang digunakan negara luar dalam menyelesaikan konflik di tempat mereka.

"Saya fikir ia akan menjadi sangat menarik jika kita boleh sekurang-kurangnya mengaturkan (pertukaran itu) dalam rangkaian Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) atau Komanwel.

"Maksudnya pertukaran ahli Parlimen yang sebenar di mana mereka datang dan jalani tugas kita selama seminggu, dan kita pergi ke negara mereka melakukan perkara sama.

"Saya fikir ia perlu dipertimbangkan sebagai campur tangan yang berpotensi untuk mengatasi semua kekurangan dan perbezaan jarak antara mereka dengan kita semakin jauh meskipun lebih banyak informasi tersedia masa kini," katanya.

Howard (kanan) bersama ahli panel dan moderator ketika forum Kuasa dan Tujuan Diplomasi Parlimen: Memperkukuh Hubungan di kalangan Negara Komanwel di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia pada Khamis.
Howard (kanan) bersama ahli panel dan moderator ketika forum Kuasa dan Tujuan Diplomasi Parlimen: Memperkukuh Hubungan di kalangan Negara Komanwel di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika forum Kuasa dan Tujuan Diplomasi Parlimen: Memperkukuh Hubungan di kalangan Negara Komanwel di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir adalah Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Agung CPA, Stephen Twigg.

Dalam pada itu, menurut Howard, mana-mana pihak yang terlibat dalam urusan diplomasi pasti akan berdepan dengan konflik berkepentingan.

"Apa yang boleh saya cakap, letak konflik berkepentingan itu di tepi. Jangan risau mengenai itu, teruskan berurusan.

"Ideanya ialah tidak tekankan soal konflik tetapi lebihkan kepada mencari persamaan dengan siapa kita berurusan.

"Kalau diberi peluang pergi luar negara (untuk urusan diplomasi) pergi sahaja," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!