Buruh binaan maut kereta rempuh pokok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang buruh tapak binaan berusia 20 tahun maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di kilometer 69, Jalan Gua Musang-Aring, Felda Aring 6, Gua Musang, petang Rabu.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Izzat Dunya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira sedang dalam perjalanan dari Felda Aring 1 menghala ke Aring 8, Gua Musang.

Beliau berkata, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan merempuh sebatang pokok manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta memberi kerjasama membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Gua Musang di talian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat di talian 013-3010408,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: