Lelaki tular belasah isteri sudah ditahan

Laporan Sinar Harian. (Gamabr kecil: Aidi Sham)
Laporan Sinar Harian. (Gamabr kecil: Aidi Sham)
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki yang videonya tular memukul isterinya selepas berlaku pergaduhan antara mereka di sebuah hotel di daerah ini sudah ditahan polis pada tengah hari Khamis di Mahkamah Syariah Bangi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, permohonan reman terhadap juruteknik berusia 37 tahun itu dibuat pada Jumaat.

Menurutnya, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang suami tergamak memukul isterinya hingga cedera dalam kejadian pada Mei lalu dipercayai disebabkan lelaki berkenaan dikatakan curang.

Perbuatan lelaki berkenaan terhadap isterinya, 38, yang didakwa baru habis berpantang telah tular menerusi video berdurasi 0:31 saat di media sosial sejak Rabu.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: