Mayat wanita Indonesia ditemui di hentian bas

Foto dipercayai gambar mangsa yang ditemukan meninggal dunia di Hentian Bas Jalan Bayu, Pekan Kulim. Foto Polis Kulim
Foto dipercayai gambar mangsa yang ditemukan meninggal dunia di Hentian Bas Jalan Bayu, Pekan Kulim. Foto Polis Kulim
A
A
A

KULIM - Seorang wanita warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di Hentian Bas Jalan Bayu dekat sini lebih kurang jam 10.05 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Menurutnya, tiada waris mahupun keluarga mangsa yang tampil menuntut mayat terbabit yang kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

"Kita menerima kes kematian mengejut seorang wanita warga Indonesia semalam dan mangsa disyaki gelandangan," katanya.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang mengesan identiti wanita terbabit yang dianggarkan berusia 40-an, berkulit sawo matang dengan ketinggian dianggarkan 150 sentimeter.

"Bentuk fizikal mangsa berbadan kurus, berambut pendek warna hitam dan muka bujur.

"Sehubungan itu, Polis Daerah Kulim memohon waris si mati ataupun orang ramai yang mengenali untuk terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Faris Jusoh di talian 017-9218474," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!