Empat termasuk wanita ditahan edar pil kuda, eramin 5

Pil kuda, erimin 5, air ketum dan kenderaan milik suspek yang dirampas dalam Operasi Total Enforcement The War On Drugs di Kampung Lakota pada Rabu.
Pil kuda, erimin 5, air ketum dan kenderaan milik suspek yang dirampas dalam Operasi Total Enforcement The War On Drugs di Kampung Lakota pada Rabu.
A
A
A

JELI - Empat individu ditahan termasuk seorang wanita kerana dipercayai mengedar 2,170 pil kuda, 98 pil erimin 5 dan lima liter air ketum di Kampung Lakota, dekat sini pada Rabu.

Kesemua suspek berusia 22 tahun hingga 45 tahun itu ditahan dalam Operasi Total Enforcement The War On Drugs pada jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Jeli dengan bantuan anggota balai Jeli.

“Penahanan keempat-empat suspek dibuat di sebuah rumah tidak bernombor dan ketika itu mereka berada dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa pemeriksaan di dalam rumah terbabit, polis menjumpai 2,170 pil kuda, 98 pil erimin 5 dan botol berisi lima liter cecair berwarna keperangan disyaki air ketum,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, dua daripada suspek lelaki terbabit ialah adik beradik dan semakan rekod mendapati suspek pertama yang berusia 45 tahun mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan kesalahan dadah serta lapan rekod jenayah.

“Suspek kedua yang berusia 22 tahun pula mempunyai enam rekod dadah dan satu jenayah manakala suspek ketiga berusia 31 tahun yang juga abang kepada suspek kedua mempunyai sembilan rekod dadah serta dua jenayah.

“Seterusnya, suspek keempat iaitu wanita berusia 31 tahun itu pula mempunyai enam rekod dadah selain satu rekod jenayah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Saari berkata, polis turut merampas dua kereta iaitu Mitsubishi Triton dan Proton Satria mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 A 340.

“Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan berjumlah RM64,660 manakala ujian saringan awal yang dibuat ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, 39A(1), 12(3), 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!