Pemimpin UMNO tiba di WTC hadiri Mesyuarat MKT

Antara pemimpin UMNO yang hadir di Menara Dato Onn’, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Mesyuarat MKT parti, pada Khamis.
Antara pemimpin UMNO yang hadir di Menara Dato Onn’, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sempena Mesyuarat MKT parti, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa pemimpin UMNO mula tiba di pekarangan Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, pada Khamis.

Antara yang hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Difahamkan, mesyuarat tersebut dijadualkan bermula kira-kira jam 8 malam.

Perjumpaan kali ini menjadi tumpuan apabila beberapa keputusan besar dijangka diputuskan, antaranya UMNO akan membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Selain itu, UMNO mengambil tanggungjawab bagi membantu kerajaan melaksanakan Dasar TVET Negara untuk memastikan lebih 250,000 tempat pengajian dimanfaatkan oleh anak-anak muda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!