Tuntut fasakh, wanita maut ditikam suami

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BATU GAJAH - Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah bilik hotel di sini, pada Khamis.

Mangsa berusia 32 tahun itu ditemui dengan beberapa kesan tikaman senjata pisau.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, kejadian itu dimaklumkan suami mangsa yang hadir menyerah diri ke balai polis sekitar jam 2 petang.

Menurutnya, lelaki berusia 37 tahun terbabit datang ke Balai Polis Batu Gajah dan mengaku telah menbunuh isterinya di bilik hotel berkenaan.

"Hasil siasatan telah menemui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

"Suami mangsa telah ditangkap bagi siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata, semakan mendapati, suspek dan mangsa hadir ke hotel itu secara berasingan, namun menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian.

Katanya, berdasarkan keterangan, motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat akan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden VK Gunaselan di talian 0123634341 untuk membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Tuntut fasakh, wanita maut ditikam suami #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Tikam #Bunuh #Maut #SuamiIsteri #Fasakh

оригінальний звук - Classical Music