Mutawif Malaysia bantu jemaah haji Indonesia terkandas

Tangkap layar video memperlihatkan mutawif Malaysia membantu pasangan jemaah haji yang didakwa daripada Indonesia itu.
Tangkap layar video memperlihatkan mutawif Malaysia membantu pasangan jemaah haji yang didakwa daripada Indonesia itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah video memaparkan keadaan pasangan jemaah haji yang didakwa dari Indonesia terkandas selama dua hari di Makkah tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video @syfqhrzly di platform Tik Tok itu, jemaah haji tersebut dilihat lengkap berpakaian ihram, selain duduk termenung di pejalan kaki sambil memerhatikan orang ramai.

Bagaimanapun, tindakan seorang mutawif Malaysia menyelamatkan pasangan suami isteri tersebut menarik perhatian netizen apabila dia membantu membawa mereka ke hotel.

“Mutawif ini jumpa pak cik dan mak cik Indonesia ini terkandas dah dua hari, tak makan dan masih berpakaian Ihram.

“Telefon dan duit tidak ada, selipar putus. Mutawif ini bagi makanan, air dan selipar dia sendiri.

“Selepas itu tolong hantarkan balik ke hotel,” katanya dalam perkongsian video di TikTok pada Khamis.

Video yang berdurasi selama 13 saat itu sehingga kini meraih tontonan sebanyak 575, 300 tontonan, 26 ribu tanda suka dan 479 perkongsian melalui platform TikTok.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: