Lebih baik jadi penasihat 20 sen daripada cytro 3 sen - Shahril

Tangkap layar potongan video podcast Keluar Sekejap episod 110 di TikToknya pada Khamis.
Tangkap layar potongan video podcast Keluar Sekejap episod 110 di TikToknya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mengakui lebih baik menjadi penasihat 20 sen daripada cytro 3 sen.

Beliau berkata, isu tersebut dirasakan seolah-olah seperti tikaman walaupun ia dianggap satu pengalaman yang lucu.

“Sebelum dikenali sebagai podcaster Keluar Sekejap, adalah sedikit orang yang mengenali saya sebagai ahli politik tapi ramai yang cap sebagai penasihat 20 sen.

“Saya rasa itu salah satu pengalaman yang sedikit menjenakakan kerana ia satu lontaran dan sindiran yang mungkin dirasakan seperti tikaman.

“Lebih baik jadi penasihat 20 sen daripada orang yang menjadi cybertrooper kepada dasar 3 sen,” katanya dalam potongan video TikTok akaun Keluar Sekejap pada Khamis.

Podcast episod 110 itu dihoskan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan di platform Youtube.

Sebelum ini, Shahril pernah dikecam oleh cybertrooper Pakatan Harapan (PH) yang mengejeknya sebagai penasihat 20 sen dengan isu harga ayam.

Baru-baru ini, kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga runcit baharu bagi telur ayam gred A, B dan C masing-masing ditetapkan 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji, berkuat kuasa 17 Jun.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penurunan harga runcit itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa yang menunjukkan berlaku penurunan kos input pengeluaran telur ayam, terutama bahan asas kepada makanan haiwan berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!