Bas ekspres jatuh gaung di Lahad Datu

Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam Khamis. Foto Facebook TawauSyurga
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam Khamis. Foto Facebook TawauSyurga
A
A
A

LAHAD DATU - Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.24 malam tadi.

"Tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu," katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Menurutnya, operasi menyelamat masih dijalankan dan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: