Misi 35 emas, tiga terbaik di AUG 2024

Zambry bersama atlet yang bakal mengalas cabaran negara di AUG Surabaya-Malang 2024.
Zambry bersama atlet yang bakal mengalas cabaran negara di AUG Surabaya-Malang 2024.
A
A
A

SEBANYAK 35 pingat emas diletakkan sebagai sasaran buat kontinjen negara selain kelompok tiga terbaik apabila menyingkap kempen Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya-Malang 2024 dari 25 Jun hingga 6 Julai depan.

Jelas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, sasaran itu realistik berdasarkan jumlah kekuatan 382 atlet dan pegawai yang menyahut cabaran dalam 18 acara sukan.

“Perkara paling mustahak adalah mereka perlu bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana tiada yang mustahil. Semangat merupakan perkara menggerakkan daya juang kita untuk mencapai kejayaan begitu juga atlet itu sendiri,” katanya selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen IPT Malaysia ke AUG Surabaya-Malang 2024 di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada Khamis.

Pada masa sama Zambry juga mengumumkan pertambahan insentif kemenangan kepada atlet yang memenangi pingat pada temasya kali ini.

“Kita umumkan insentif kepada pemenang dengan pingat emas bakal membawa pulang RM3,000 berbanding RM2,000, pingat perak pula RM2,000 berbanding RM1,500 dan pingat gangsa pula dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500.

“Ianya bukan mengenai insentif semata-mata tetapi juga pencetus semangat patriotisme tinggi dan mencipta nama serta memberikan sesuatu yang berharga buat negara.

“Sasaran ditetapkan, 35 pingat boleh dicapai dan kita harap mereka mampu mengatasi angka itu kerana dalam sukan semangat juang akan menjadi penggerak buat atlet untuk mencipta kejayaan.

INFO

Artikel Berkaitan:

Jaguh 400 meter (m) negara, Umar Osman bersama atlet renang, Bryan Leong Xin Ren diberikan tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang di AUG Surabaya-Malang 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!