Jovic selamatkan Serbia di Munich

Jovic mengantikan Vlahovic memberi kesan positif kepada Serbia.
Jovic mengantikan Vlahovic memberi kesan positif kepada Serbia.
A
A
A

TANDUKAN pemain gantian Serbia, Luka Jovic membatalkan gol pembukaan Zan Karnicnik membolehkan Serbia dan Slovenia melakar keputusan seri 1-1 dalam aksi rancak Kumpulan C Euro 2024 di Stadium Allianz Arena pada Khamis.

Dalam permainan yang memperlihatkan tempo pantas dan keinginan jentera serangan kedua-dua pasukan memburu jaringan berakhir tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Serbia sebelum ini tewas 0-1 kepada England hasil jaringan minit ke-13, Jude Bellingham di Stadium Veltins-Arena pada 17 Jun lalu.

Slovenia yang berkongsi satu mata dengan Denmark, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi di Stadium MHP Arena, juga memburu keputusan positif.

Separuh masa kedua, percubaan kedua-dua pasukan sering dinafikan tiang gol selain kecemerlangan penjaga gawang masing-masing biarpun seimbang mendominasi penguasaan bola.

Slovenia kendalian Matjaz Kek memecah kebuntuan selepas rehat dengan jaringan cemerlang Karnicnik selepas pemain pertahanan tersebut menyudahkan sentuhan Timi Max Elšnik yang meletakkan pasukan itu di ambang kemenangan Euro pertama.

Biarpun begitu, Serbia kendalian Dragan Stojkovic yang tidak pernah mengalah telah meningkatkan tekanan berjaya menyamakan kedudukan minit ke-95 menerusi Jovic yang dimasukkan minit ke-64 mengantikan Dusan Vlahovic.

Keputusan di Allianz Arena meletakkan Slovenia kedua dengan dua mata di atas Denmark dengan England masih unggul memimpin dengan tiga mata.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Serbia pula tercorot dengan satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!