Muhaimin mahu bantu KDN FC raih kemenangan pertama

Muhaimin mahu meningkatkan prestasi untuk memberikan yang terbaik buat KDN FC. Foto KDN FC.
Muhaimin mahu meningkatkan prestasi untuk memberikan yang terbaik buat KDN FC. Foto KDN FC.
A
A
A

PENJAGA gol Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Mohd Muhaimin Mohamad optimis pasukannya mampu menjelmakan tiga mata pertama dalam pertemuan menentang PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Ahad.

Kelantan yang berada di tangga ke-12 dalam saingan Liga Super musim ini selepas mencatat tiga kekalahan bertekad untuk memburu kemenangan ke atas PDRM sekali gus memastikan tiga mata pertama dapat diraih skuad Kijang Emas itu.

Penjaga gol berusia 32 tahun itu menyifatkan hanya kemenangan sahaja mampu dijadikan motivasi terbaik sekali gus membuka peluang untuk Kelantan kembali bersaing sengit dalam aksi Liga Super musim ini.

Muhaimin mengakui beraksi dengan baik dalam perlawanan Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, namun dia masih belum berpuas hati dan menyifatkan bolos empat gol dalam aksi itu sebagai satu rekod yang tidak memuaskannya.

“Bagi setiap penjaga gol, bolos sebanyak empat biji secara peribadi adalah satu jumlah yang sangat banyak” ujar Muhaimin.

Beliau menjelaskan, meskipun rata-rata peminat berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan anak buah Park Jae-hong, namun beliau mengakui keputusan perlawanan adalah penting untuk memastikan pasukan ini dapat terus bersaing dengan pasukan lain pada musim ini.

Tambahnya, masih banyak aspek yang perlu ditambah baik dalam pasukan dan salah satunya adalah barisan pertahanan yang perlu bekerja keras untuk tidak dibolosi terlalu banyak gol dalam setiap perlawanan.

Ujarnya lagi, meskipun KDN sudah dibolosi sebanyak tujuh gol daripada tiga perlawanan dalam Liga Super, namun beliau dan rakan-rakannya akan berusaha lebih keras untuk memastikan pasukan ini akan bertambah baik.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin kita sudah bolos tujuh gol, namun saya percaya kami mampu untuk lakukan yang lebih baik untuk perbaiki kelemahan ini.

“Mungkin kita sudah bolos tujuh gol pada musim ini namun saya percaya kami mampu untuk lakukan yang lebih baik untuk perbaiki kelemahan ini,” ujar Muhaimin. - MFL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!