Dapatkan bantuan jika burnout

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Haslinda)
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Haslinda)
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu bapa kepada anak istimewa perlu mencari sokongan sosial daripada ahli keluarga atau pakar bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti penderaan berlaku terhadap golongan tersebut.

Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial UPM, Profesor Dr Haslinda Abdullah berkata, bukan mudah untuk ibu bapa mengawal emosi apabila sudah terlalu penat dari segi fizikal dan mental akibat pendedahan tekanan yang berpanjangan.

“Bukan faktor keadaan anak sahaja menjadi punca mereka burnout tapi kewangan, pekerjaan atau menguruskan perihal berkait anak-anak yang lain juga antara punca terjadinya tindakan luar kawalan.

“Semua ini sememangnya memberi kesan negatif jika mereka tidak dapat rehat secukupnya. Sebab itu di luar negara ada satu tempat untuk ibu bapa tinggalkan anak-anak sementara waktu untuk pergi healing,” katanya.

Haslinda berkata, kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mengadakan perbincangan khusus mengenai perkara ini kerana bimbang keselamatan dan kesihatan ibu bapa serta anak istimewa akan terancam jika berlaku sebarang tindakan di luar kawalan.

“Bayangkan kalau jaga anak 24 jam, penat itu boleh menyebabkan kita hilang kewarasan dalam bertindak. Jadi, perlu ada sistem sokongan sosial yang kukuh untuk bantu mereka.

“Tindakan menyeluruh daripada semua pihak sangat penting terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Perlu lakukan sesuatu seperi adakan polisi khas berkaitan situasi ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!