19 terselamat bas ekspres jatuh gaung

Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam, Lahad Datu malam Khamis. Foto Facebook TawauSyurga
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam, Lahad Datu malam Khamis. Foto Facebook TawauSyurga
A
A
A

LAHAD DATU - Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam, di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Ketua Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, hanya empat daripada mereka mengalami kecederaan dan kini stabil di Hospital Lahad Datu manakala yang lain hanya cedera ringan.

"Bas dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu ini terjatuh ke dalam gaung dengan kecerunan gaung itu lebih kurang 50 meter, beberapa individu berjaya keluar sendiri daripada bas," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Menurut laporan media malam tadi, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam dan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Silam bergegas ke lokasi kejadian. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: