Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah bagi permohonan reman siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah bagi permohonan reman siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
A
A
A

BATU GAJAH - Lelaki yang menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuh isterinya di sebuah bilik hotel di sini direman selama tujuh hari sehingga 27 Jun depan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin pada Jumaat.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek tiba di Mahkamah Majistret Batu Gajah jam 8.33 pagi dengan berpakaian baju Melayu dan berseluar lokap jingga diiringi polis.

Lelaki yang tidak bekerja itu ditahan semasa hadir di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang pada Khamis untuk menyerah diri selepas mengaku telah membunuh isterinya.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun ditemui dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata pisau.

Polis memaklumkan, suspek dan mangsa hadir ke hotel itu secara berasingan, namun menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian.

Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!