Messi mampu pecah banyak rekod di Copa America

Lionel Messi. Foto: AFP
Lionel Messi. Foto: AFP
A
A
A

BINTANG Argentina, Lionel Messi menjadi pemain paling banyak memuat kemunculan dalam sejarah Copa America pada Khamis apabila dia mencapai 35 penampilan dalam perlawanan pembukaan kejohanan menentang Kanada.

Pemain berusia 36 tahun itu berkongsi rekod dengan penjaga gol Chile, Sergio Livingstone (34 penampilan) sejak muncul pada final Copa America 2021 di Brazil.

Penampilan Messi merangkumi tujuh edisi Copa, bermula dengan kejohanan 2007 di Venezuela.

Pemenang lapan kali Ballon d’Or itu juga boleh mencipta lebih banyak rekod dalam pertandingan tahun ini.

Dia memerlukan empat gol untuk mengikat rekod rakan senegaranya, Norberto Mendez dan Zizinho dari Brazil sebagai penjaring sepanjang masa Copa America dengan 17 gol.

Sekiranya Argentina memenangi kejohanan itu, Messi juga akan menjadi kapten pertama yang memenangi kejohanan tersebut berturut-turut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!