Lelaki langgar isteri, anak berang raya sorang-sorang

Keadaan kereta kuning itu selepas insiden kejar-mengejar yang turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi
Keadaan kereta kuning itu selepas insiden kejar-mengejar yang turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi
A
A
A

CIBINONG - Gara-gara ditinggalkan sendirian ketika sambutan Aidiladha, seorang lelaki nekad merempuh kenderaan dipandu isteri yang turut dinaiki anak-anak mereka.

Insiden di Bogor, Indonesia itu yang dilakukan pelaku, EY itu turut menjadi tular di media sosial.

Media tempatan melaporkan isterinya, RI bersama anak mereka pulang ke Sukabumi untuk meraikan Hari Raya Korban bersama keluarganya.

"Kegembiraan RI bersama keluarganya bagaimanapun bertukar duka pada Selasa lalu. EY sempat menghubungi isterinya dan memaksa mereka pulang segera pada malam tersebut. Pada mulanya, RI berkeras enggan kembali ke Bogor, namun diugut suaminya. Kerana ketakutan dia akur dengan desakan EY," ujar wakil keluarga RI menerusi media sosial pada Khamis.

Rupa-rupanya EY dikatakan sudah berada sekitar rumah keluarga isterinya.

Tidak lama selepas itu, berlakulah aksi kejar-mengejar antara kereta EY dan RI.

RI kemudiannya cuba menuju ke Polsek Cibeureum untuk meminta bantuan pihak berkuasa.

"Ketika mahu membelok ke Polsek, keretanya dilanggar suaminya. Impak memandu secara melulu itu turut menyebabkan rempuhan pada sebuah warung di tepi jalan," menurut catatan keluarganya lagi.

Artikel Berkaitan:

Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

"Pelaku bertindak sedemikian kerana curiga jika RI curang terhadapnya," jelas jurucakap pihak berkuasa lagi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!