Gempa bumi sederhana di Barat Papua, Indonesia

Kejadian gempa bumi sederhana dilapor berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 8.11 pagi Jumaat. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia
Kejadian gempa bumi sederhana dilapor berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 8.11 pagi Jumaat. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Barat Papua, Indonesia pada jam 8.11 pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi tersebut berlaku pada magnitud 5.5 skala Richter di koordinat 3.8 darjah selatan dan 139.9 darjah timur.

"Gempa bumi itu berlaku pada jarak 163 kilometer Barat Daya dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 50km.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!