Operasi Aidiladha rekod 14,417 kesalahan

JPJ Selangor melaksanakan Ops HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.
JPJ Selangor melaksanakan Ops HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebanyak 14,417 kesalahan direkodkan sepanjang 10 hari pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 di seluruh Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi dilaksanakan bagi tempoh 10 hingga 19 Jun itu merekodkan 57,491 pemeriksaan kenderaan.

Katanya, JPJ Selangor mengambil tindakan ke atas 13,417 kenderaan dan sebanyak 14,417 notis dikeluarkan.

"Notis saman paling banyak dicatatkan iaitu 11,118 kes, notis larangan penggunaan kenderaan (1,338 kes), notis arah periksa kenderaan (1,407 kes) dan notis sita kenderaan (544 kes).

"Kesalahan paling banyak direkodkan ialah isu teknikal iaitu sebanyak 4,697 kes, diikuti tiada lesen memandu kompeten (CDL) (3,022 kes), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (2,320 kes), tiada perlindungan insurans (1,893 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan," katanya kepada pemberita selepas Op HRAA di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, di sini pada Khamis.

Antara penunggang motosikal yang diperiksa semasa Op HRAA 2024 diJPJ Selangor melaksanakan Ops HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.
Antara penunggang motosikal yang diperiksa semasa Op HRAA 2024 diJPJ Selangor melaksanakan Ops HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.

Beliau berkata, OP HRAA 2024 dilaksanakan sehingga 30 Jun dengan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya.

Katanya, pelaksanaan operasi dibuat menerusi sekatan jalan raya, kaedah penyamaran dengan menggunakan kenderaan tanpa logo selain penyamaran sebagai penumpang bas.

Artikel Berkaitan:

"Sembilan kesalahan utama ditekankan iaitu tidak patuh had laju, tidak patuh isyarat lampu merah, memotong di garisan kembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, tidak pakai tali pinggang atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan," ujarnya.

Jelasnya, pelaksanaan Op HRAA 2024 diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain pematuhan peraturan dan undang-undang di tahap tertinggi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!