KDN FC mahu raih kemenangan pertama

Tonggak pertahanan, Mohd Irwan (kanan) berharap kemenangan sulung itu perlu diraih sebagai tonik mengharungi saingan getir musim ini.
Tonggak pertahanan, Mohd Irwan (kanan) berharap kemenangan sulung itu perlu diraih sebagai tonik mengharungi saingan getir musim ini.
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) mahu meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super apabila melayan kunjungan PDRM FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Ahad ini.

Tonggak pertahanan, Mohd Irwan Syazmin Wahab berkata, kemenangan sulung itu perlu diraih sebagai tonik mengharungi saingan getir musim ini.

"Walaupun tugas sukar, namun saya menyeru semua rakan sepasukan untuk mencipta kemenangan sulung di laman sendiri," katanya.

Menurut beliau, KDN FC perlu memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri dengan berjuang mati-matian untuk menang pada aksi itu nanti.

Katanya, pungutan mata ini mampu membantu KDN FC meredakan tekanan selepas tewas dalam kesemua perlawanan sebelum ini.

Mohd Irwan memberitahu, pada masa sama KDN perlu berwaspada dengan lawan walaupun mereka dikejutkan dengan pasukan kerdil dalam saingan Piala FA minggu lalu.

Ujarnya, PDRM FC pasti akan melakukan segalanya untuk menang di Kota Bharu.

"Jadi kesempatan yang ada perlu digunakan sebaik mungkin. Apa yang penting kita bermain tanpa tekanan dengan semangat berpasukan.

Artikel Berkaitan:

"Tiada yang mustahil selagi 90 minit masa perlawanan nanti digunakan sebaik mungkin," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!