Status pasukan pilihan beri tekanan kepada England

Pemain England, Bukayo Saka (kiri) dan pertahanan Denmark, Victor Kristiansen bersaing untuk merebut bola dalam aksi Euro 2024. Foto AFP
Pemain England, Bukayo Saka (kiri) dan pertahanan Denmark, Victor Kristiansen bersaing untuk merebut bola dalam aksi Euro 2024. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate mengakui keputusan seri 1-1 menentang Denmark menunjukkan mereka bergelut untuk menangani tekanan sebagai salah sebuah pasukan pilihan pada Euro 2024.

England tiba di Jerman sebagai antara pasukan utama untuk memenangi kejohanan itu, tetapi mereka gagal merealisasikan jangkaan tinggi itu dalam dua perlawanan pertama Kumpulan C.

England bernasib baik untuk menang 1-0 ke atas Serbia selepas persembahan hambar pada separuh masa kedua perlawanan pembukaan itu.

Selepas itu, mereka menghasilkan persembahan yang kurang memuaskan di Frankfurt pada awal pagi Jumaat apabila jaringan minit ke-18 Harry Kane dibatalkan oleh gol Morten Hjulmand sebelum rehat.

"Jelas sekali kami kecewa dengan dua perlawanan ini. Kami perlu menganalisisnya secara mendalam dan mencari beberapa penyelesaian kepada isu yang kami ada.

"Kami akan menghabiskan banyak masa untuk melakukan perkara itu. Kami tahu tahap itu boleh menjadi lebih tinggi. Mungkin perkara terbesar ialah kami perlu menerima persekitaran yang kami ada dan bergerak mencapai jangkaan.

"Kami berada dalam persekitaran untuk menang di pentas yang paling besar. Pemain menunjukkan usaha dan kami perlu mencari lebih kualiti dalam apa yang dilakukan," katanya.

England berpeluang menamatkan lebih awal saingan kumpulan dengan kemenangan ke atas Denmark, tetapi sebaliknya disambut dengan cemuhan oleh peminat yang kecewa selepas persembahan lesu mereka.

Artikel Berkaitan:

"Jika kami tidak menang, kami kena terima apa yang akan diperkatakan. Saya dapat memahami sepenuhnya kekecewaan peminat dengan cara kami bermain.

"Itu adalah tanggungjawab saya sebagai pengurus. Saya perlu mencari penyelesaian. England tidak pernah memenangi perlawanan kumpulan berturut-turut.

"Kami perlu bertenang di dalam kumpulan dan mencari jawapan. Cabarannya adalah untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!