HRPZII cari waris Ibrahim Mohamad

Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) memohon bantuan untuk menjejaki waris seorang pesakit lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Mohamad (Gambar kanan).
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) memohon bantuan untuk menjejaki waris seorang pesakit lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Mohamad (Gambar kanan).
A
A
A

KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) memohon bantuan untuk menjejaki waris seorang pesakit lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 70.

Seksyen Perhubungan Awam HRPZII dalam satu kenyataan memberitahu, warga emas tersebut sedang menerima rawatan di wad HDW Puteri selepas ditemukan di Masjid Chempaka Tanjung Mas.

"Pihak hospital bersama JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) telah berusaha untuk mengesan waris dalam sistem namun tiada rekod yang ditemui.

"Kami memohon waris ataupun orang ramai yang mengenali pesakit ini supaya dapat hadir ke hospital," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, orang ramai yang mengenali pesakit juga boleh menghubungi Seksyen Perhubungan Awam di talian 09-7452000.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!