Guna nombor plat palsu elak motosikal ditarik kedai

Sebuah motosikal disita selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Sebuah motosikal disita selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Muslihat pemilik menggunakan nombor pendaftaran palsu kerana mahu mengelak membayar ansuran bulanan motosikal terbongkar selepas kenderaan itu ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa sekatan jalan raya di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5 di sini pada Khamis.

Penunggang motosikal berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam selepas pemeriksaan awal mendapati tiada paparan nombor plat hadapan, manakala nombor plat belakang tidak lengkap.

Pemeriksaan lanjut nombor casis oleh anggota JPJ Selangor kemudian membongkar motosikal jenis Yamaha 135LC itu tidak sepadan dengan nombor plat.

Pekerja kedai serbaneka yang enggan dikenali itu berkata, dia menukar nombor plat kerana tidak mahu motosikal ditarik sebab tunggakan tiga bulan.

JPJ Selangor dengan kerjasama PDRM melaksanakan Op HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.
JPJ Selangor dengan kerjasama PDRM melaksanakan Op HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.

"Sebulan saya perlu bayar RM299 dan ada tiga tahun lebih lagi kena bayar.

"Saya tukar nombor plat ini dalam seminggu, takut kedai tarik. Saya tahu risiko buat benda ini, tapi itulah...saya reda," katanya ketika ditemui di sini.

Berikutan itu, motosikalnya telah disita, manakala lelaki terbabit juga didapati tiada lesen memandu.

Artikel Berkaitan:

Antara motosikal yang disita JPJ semasa Op HRAA 20224 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.
Antara motosikal yang disita JPJ semasa Op HRAA 20224 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, Op Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 itu diketuai Ketua Seksyen Operasi JPJ Selangor, Muzlefa Kamarudin bermula jam 8 malam dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, sebanyak 318 kesalahan dikesan hasil pemeriksaan 1,220 kenderaan.

"Pelbagai kesalahan direkodkan antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan motor tamat tempoh, kesalahan teknikal serta cermin gelap.

Ahmad Kamarunzaman memeriksa penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya Op HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.
Ahmad Kamarunzaman memeriksa penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya Op HRAA 2024 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, pada Khamis.

"JPJ turut menyita 23 kenderaan selain 18 diarah periksa serta 16 notis larangan penggunaan kenderaan," katanya.

Tambah beliau, elemen rondaan dan pemantauan di jalan utama serta lokasi kerap kemalangan akan dipertingkat dalam Op HRAA 2024.

Justeru, katanya, sebarang aduan trafik boleh disalurkan kepada talian hotline JPJ Negeri Selangor di talian 03-55669442 atau melalui emel aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi MyJPJ di e-Aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan aduan.