Dua penunggang motosikal cedera kemalangan tiga kenderaan

Ketika sampai di simpang Jalan Anggerik, sebuah kereta membelok ke kanan menyebabkan berlaku pelanggaran di antara dua motosikal.
Ketika sampai di simpang Jalan Anggerik, sebuah kereta membelok ke kanan menyebabkan berlaku pelanggaran di antara dua motosikal.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Dua penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Masai Kong Kong Kampung Cahaya Baru, sekitar jam 9.35 malam pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan selain turut mengesan paparan dimuat naik melalui akaun di laman sosial Facebook.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika seorang lelaki berusia 23 tahun menunggang motosikal dari arah Jalan Bandar Layangkasa.

“Ketika sampai di simpang Jalan Anggerik, sebuah kereta membelok ke kanan menyebabkan berlaku pelanggaran di antara dua motosikal.

“Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail bagi menerima rawatan.

Penunggang motosikal berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan sementara penunggang berusia 15 tahun hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Pemandu kereta terbabit sedang dikesan bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan berkenaan boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor R Nitheish Kumarr di talian 011-21633214.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!