IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kejatuhan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024 di kedudukan ke-34 adalah suatu perkara yang mengejutkan berada di tahap paling rendah berbanding Indonesia dan Thailand.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.

“Malaysia jatuh tujuh anak tangga ke-34 daripada 67 negara dalam WCR IMD 2024.

“Yang paling mengejutkan, kita pertama kali berada di kedudukan yang lebih rendah daripada Indonesia dan Thailand,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dalam WCR 2024 dan keempat dalam kalangan negara di ASEAN selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Malaysia jatuh tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu, demikian menurut Laporan WCR yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi IMD.

Singapura muncul sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia, mendaki empat anak tangga dari tahun sebelumnya untuk mengatasi Switzerland di tempat kedua, diikuti Denmark di tempat ketiga.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sebelum ini negara pernah berhadapan dengan kejatuhan ranking, namun tidak mendadak.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau memberitahu, jika ranking jatuh ketika pemerintahan kerajaan terdahulu, pasti ada kenyataan daripada DAP yang mendakwa kejatuhan itu seolah-olah satu kegagalan.

Shahril
Shahril

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan turut mendakwa bahawa jika kerajaan Madani menjadikan WCR itu sebagai salah satu daripada tujuh petunjuk prestasi utama (KPI) maka pentadbiran ini gagal atas terma yang dibuat.

Menurutnya, ada tujuh ukuran yang juga tujuh KPI kerajaan Madani mengikut kerangka ekonomi Madani. Salah satunya adalah untuk menjadi negara pada kedudukan 12 tertinggi dari segi daya saing dan kecekapan.

“Saya semak Global Competitiveness Index (GCI) bawah World Economic Forum (WEF) saya rasa ia sudah berhenti mengeluarkan laporan itu. Mungkin merujuk kepada ini (WCR). Saya tidak lihat lagi apa GCI, selain yang baru ini (WCR).

“Jadi kalau itu adalah ukuran kerajaan Madani letakkan atas dirinya sendiri, maka kejatuhan ranking ini adalah bermaksud mereka gagal atas terma yang mereka sendiri buat,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Semasa #Nasional #Ranking #IMD #WCR #DayaSaing #Ekonomi #Thailand #Indonesia #KhairyJamaludin #KJ #ShahrilHamdan #KeluarSekejap #Podcast

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!