Azizi cabar keupayaan Hisyam Hamid

Karakter sebagai lelaki autistik bernama Aziz memberi cabaran tersendiri buat Hisyam.
Karakter sebagai lelaki autistik bernama Aziz memberi cabaran tersendiri buat Hisyam.
A
A
A

DEMI menjayakan karakter lelaki autisme dengan berkesan, aktor Hisyam Hamid sanggup membuat kajian mendalam sebelum penggambaran dan bertemu dengan individu yang mengalami masalah sama.

Mengakui watak sebagai Azizi sangat mencabar, Hisyam turut meluahkan kebimbangan akan kritikan andai dia tidak melakonkan karakter seorang lelaki autisme dengan betul.

“Saya agak gementar ketika diberi watak Azizi, jadi saya buat kajian dengan tonton filem luar negara dan pergi ke NASOM (Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia) selain berjumpa dengan lelaki yang wataknya sama dengan Azizi.

“Lelaki itu bernama Syafiq berusia 29 tahun, bekerja dalam bidang IT dan seorang 'high functioning autism' sama seperti watak Azizi. Dia seorang yang sangat bergantung kepada nasihat ibunya.

“Saya perhatikan cara dia bercakap, berjalan dan gerak tangannya, hasilnya adalah apa yang penonton lihat dalam drama Bunga Salju,” ujar Hisyam.

Hisyam melakukan kajian mendalam termasuk bertemu dengan individu yang mengalami masalah sama demi menterjemahkan karakter lelaki autistik dengan berkesan.
Hisyam melakukan kajian mendalam termasuk bertemu dengan individu yang mengalami masalah sama demi menterjemahkan karakter lelaki autistik dengan berkesan.

Jelas Hisyam, dia bersyukur watak Azizi lakonannya diterima ramai, malah rata-rata penonton mengakui lakonannya sama seperti orang autisme.

“Malah ada yang komen mahukan lelaki seperti Azizi kerana jujur (ketawa). Apapun saya gembira naskhah ini selain hiburan turut memberi kesedaran kerana penonton bahawa ada orang autisme yang high functioning dan ada kalanya mereka lebih bijak daripada orang normal,” ujar Hisyam.

Artikel Berkaitan:

Naskhah Bunga Salju yang ditayangkan sebanyak 40 episod, mengisahkan Qaisara terpaksa berkahwin dengan Azizi, seorang lelaki austistik bagi memenuhi keperluan ibunya dan teman lelaki Farouk demi mendapatkan harta Azizi.

Drama terbitan MIG ini turut dibintangi Amyra Rosli, Hariz Hamdan, Zarina Zainoordin, Hasnul Rahmat, Syad Talib, Zul Huzaimy dan Arabella Ellen.

Bunga Salju menyaksikan gandingan Hisyam bersama Amyra Rosli.
Bunga Salju menyaksikan gandingan Hisyam bersama Amyra Rosli.

Episod baharu Bunga Salju ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Drama ini juga boleh ditonton menerusi ON Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go serta Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!