Lelaki tular belasah isteri direman empat hari

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, seorang suami tergamak memukul isterinya hingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, seorang suami tergamak memukul isterinya hingga cedera selepas berlaku pergaduhan antara mereka dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini.
A
A
A

PORT DICKSON - Lelaki yang videonya tular memukul isterinya selepas bergaduh dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini pada Mei lalu direman selama empat hari bermula Jumaat.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret, Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.

Majistret menetapkan suspek berusia 37 tahun itu direman selama empat hari sehingga 24 Jun depan.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, suspek yang bekerja sebagai juruteknik itu ditahan di Mahkamah Syariah Bangi pada tengah hari Khamis.

Sebelum ini, polis mengesan video tular di media sosial mengenai seorang lelaki memukul isterinya dipercayai baru habis berpantang.

Berdasarkan siasatan polis,kejadian berlaku pada 24 Mei lalu kira-kira jam 9.50 pagi disyaki berpunca suaminya telah berlaku curang.

Akibat daripada kejadian ini, mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota.

Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga bagi siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!