Topeng Mbappe tak patuh syarat UEFA

Mbappe. Foto EPA
Mbappe. Foto EPA
A
A
A

KYLIAN Mbappe berkemungkinan dilarang memakai topeng dengan latar belakang bendera Perancis dalam perlawanan Euro 2024.

Mbappe mengalami patah hidung semasa Perancis menewaskan Austria pada Selasa dan timbul kebimbangan sejurus selepas perlawanan bahawa Mbappe bakal terlepas baki kejohanan itu.

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan boleh beraksi dalam perlawanan menentang Belanda pada Sabtu.

Perkara 42 peraturan UEFA menyebut bahawa peralatan perubatan yang dipakai di padang permainan mestilah satu warna dan keberangkalian tinggi topeng yang digunakan Mbappe pada sesi latihan tidak akan dibenarkan.

RMC Sport melaporkan bahawa Mbappe turut mendapat beberapa topeng yang tidak mempunyai corak dan satu warna serta boleh dipakai dalam perlawanan.

Laporan itu menambah bahawa Persekutuan Bola Sepak Perancis tidak mendapatkan pengesahan mengenai topeng itu sebelum sesi latihan Perancis tetapi akan melakukannya sebelum perlawanan menentang Belanda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: