Rebut tawaran hebat di Jualan Gudang BiG

AEON BiG menawarkan tawaran diskaun sehingga 90 peratus melibatkan pelbagai jenis produk daripada beberapa jenama terkenal.
AEON BiG menawarkan tawaran diskaun sehingga 90 peratus melibatkan pelbagai jenis produk daripada beberapa jenama terkenal.
A
A
A

AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) menawarkan diskaun sehingga 90 peratus melibatkan pelbagai jenis produk daripada jenama terkenal sempena Jualan Gudang BiG yang diadakan di Sinotrans Logistics, Mapletree di sini bermula 28 hingga 30 Jun nanti.

Sepanjang program itu berlangsung, orang ramai boleh menikmati tawaran hebat dan harga runtuh melibatkan barangan runcit, elektronik, perkakas rumah dan pakaian.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, jualan gudang itu merupakan peluang yang baik kepada pembeli untuk menikmati penjimatan besar melibatkan pelbagai jenis produk.

“Kami berbesar hati membawa Jualan Gudang BiG kepada pelanggan kami. Jualan gudang ini merupakan peluang yang sangat baik untuk para pembeli menikmati penjimatan besar ke atas pelbagai jenis produk,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Barang Dagangan AEON BiG, Soo Huey Jiuan berkata, tawaran di Jualan Gudang BiG sangat luar biasa dengan stok yang terhad.

“Siapa cepat dia dapat. Kami berharap orang ramai akan tiba awal dan rebutlah untuk menikmati tawaran hebat yang kami sediakan. Semuanya dibawah satu bumbung, kami berharap jualan Gudang ini akan meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka,” kata Jiuan.

Jualan Gudang BiG atau The BiG Warehouse Sale akan bermula pada 9 pagi dan berakhir 7 malam sepanjang tiga hari tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: