Karya pensyarah, pelajar gondol hadiah utama Pertandingan Seni MR D.I.Y 2024

Farizal (kiri) dan Iklil bersama replika cek hadiah kemenangan yang diterima bergambar bersama pengurusan tertinggi MR D.I.Y.
Farizal (kiri) dan Iklil bersama replika cek hadiah kemenangan yang diterima bergambar bersama pengurusan tertinggi MR D.I.Y.
A
A
A

PETALING JAYA - Karya kreatif Dr Mohd Farizal Puadi, 43, dan Iklil Ali Ahmad Shukri, 19, masing-masing memenangi hadiah utama RM15,000 dan RM4,000 menerusi kategori awam dan institusi pendidikan dalam Pertandingan Seni MR D.I.Y 2024.

Pertandingan yang memasuki tahun ketiga anjuran MR D.I.Y itu yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 turut dimenangi oleh 22 peserta yang lain bertemakan ‘Realiti Abstraksi’.

Mohd Farizal yang merupakan Pensyarah Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Sastera, Kelestarian & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghasilkan karya bertajuk ‘Malaysia Madani’ yang diilhamkan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi merakamkan detik penting dalam sejarah negara.

“Karya saya mencerminkan Malaysia yang unik dan pelbagai dari segi komposisi kaum dan agama melalui penggunaan simbolik Jalur Gemilang.

"Teknik jahitan yang digunakan menggambarkan perabot upholsteri iaitu sofa sebagai metafora melambangkan benang budaya masyarakat negara ini yang sentiasa bersatu dan harmoni," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Seni MR D.I.Y 2024 di Ikano Power Centre di sini pada Jumaat.

Seramai 22 pemenang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Seni MR D.I.Y. 2024 di Ikano Power Centre pada Jumaat.
Seramai 22 pemenang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Seni MR D.I.Y. 2024 di Ikano Power Centre pada Jumaat.

Bagi Iklil pula, karya seni bertajuk ‘Surat untuk Dunia: Bertemu Cinta di Garis Horizontal’ menggambarkan perjalanannya untuk menjadi seorang artis.

“Karya ini juga mempunyai mesej untuk mengajak manusia memerangi sifat kebencian supaya dunia menjadi tempat yang harmoni dan aman untuk semua,” kata Iklil yang merupakan pelajar UiTM, Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y, Adrian Ong berkata, pertandingan seni ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai semangat kreativiti dan dedikasi yang turut membantu memacu kejayaan kami selama ini.

“Beberapa karya yang menang mengintegrasikan elemen budaya Melayu, Cina, India, Iban, dan Kadazan membuktikan bahawa dalam dunia seni dan kreatif, perbezaan budaya merentasi sempadan,” katanya

Tambahnya lagi, dua kategori berasingan diperkenalkan iaitu awam dan institusi pendidikan adalah untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada rakyat Malaysia.

“Buktinya kami menerima lebih 1,000 termasuk 322 penyertaan yang daripada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara,” ujarnya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!